Thursday, November 7, 2013

I am a mom.

25/12/12

"today is the day..." tu yang aku pikir bila tiba tarikh tu.
siap2 p hospital Sg Buloh. aku dinasihatkan supaya dtg sehari dari tarikh due so bole induce, and 26 baby bole keluar. that was the plan la. 
sebelum bertolak p hospital, da siap2 kemas rumah, basuh baju sume.
yelaaa risau. wat nye mati, takdelah haru sgt roh nak balik jenguk rumah, rumah macam tongkang. haha
then, solat jemaah sama2 dgn suami, doa mintak mudah semua, bermaaf-maafan bagai.

sebelum sampai hospital tu, sempat lg singgah Secret Recipe. ngidam nak makan choc indulgence. haha
but then, bila smpai sana, doktor halau balik. 
doktor kata xda bukaan lg. lagipun katil berderet penuh. ramai lg tunggu.
so, aku pun balik dengan hampa (tp dlm hati gumbira, sbb x payah induce hari tu. kui2)

26/12/12
pergi semula ke Hosp Sg Buloh.
doktor pun cek bukaan. 
nope.
xde lg bukaan. ape ke liat benor anak aku nak keluar ni. huhuhu...
then, kene tahan la. tunggu katil kosong untuk induce
induce ni adalah dimana ubat akan dimasukkan dlm kemaluan dengan harapan bukaan akan terjadi.
in other words, PAKSA BUKAK.
induce adalah harus bg para bakal ibu yg ade kencing manis.
untuk elak baby terlalu besar, induce harus dilakukan andainya baby masih x kuar even dah due date.

so, aku pun tunggu la kat ruang menunggu dalam labour room tu.
kerusi je ade, katil x de.
suami dan emak duk kat luar.
paham2lah duk dekat dgn labour room. peh, seram aku. orang nak beranak duk jerit2. 
waaaaaaaaa.. takut. nebes. sume ade! hoho

sambil2 tunggu, aku curi2 keluar jumpe suami ngan mak.
boring gile duduk dlm tu. kalo boleh baring2 xpe gak. huhu
bual2 lah dengan para2 ibu mengandung yg lain.
ade yg da tunggu sampai 2 hari kat situ nk tunggu katil kosong. hoho
aku pun terus menunggu dgn harapan: "pleasee adelah bukaan.. nakmo induce. wuwuwuwuw" ;(

27/12/12
mlm tadi tumpang tdo dkt labour room. 
nasib baik xde dengar org duk jerit kuat2 sgt. huhu

so, masuklah hari kedua kat spital ni
sian kat mak ngan suami tertunggu2 kat luar. huhu...
so, tgh ari tu curi2 keluar wad. date ngan suami.
pastu tetiba nurse  panggil nama aku
terus masuk dlm.
nurse kata, siap2. ade katil kosong. boleh naik wad.
fuhh! nebes terus! 

jam 4.30 pm, doktor pun dtg buh ubat induce tu.
lepas 6 jam die kata nak cek lg.
borak2 la dgn jiran2 katil. ade yg sampai 3 kali induce pun x bukak jugak bukaan. 
seram da dengar... huhu
mlm tu mlm jumaat, aku pun duk kat surau, solat fardhu dan solat sunat yg sewajarnya, baca Yaasin sket, doa2 sket mintak mudah semuanya. pastu balik wad

time ni dah start sengal2 rahim. 
tudiaaaa.. contraction suda datanggg

28/12/12
kol 12.30 sakitnye dah mula terasa
cuba tdo, tapi asek terjaga je sbb rasa sakit
sakitnya ala2 rasa senggugut yg kuat tp dlm keadaan berkala.
kol 3 am, doktor cek bukaan. dia kata baru 2 cm. kecik sgt ni lagi.
kol 4 am, nurse dtg. die tgk aku cam sakit sgt, die tnye nak ubat tahan sakit x?
mestilah nak! nak tdo pun x lena, camne aku nak beranak dgn bertenaga esok kalo xleh tdo camni. huhuhu

die pun suntik kat bontot aku sedas. rasa cam gigit nyamuk je, sebab time ni sakit contraction je rasa.
kol 6.30 am, nurse dtg cek bukaan
"awak dah 4 cm ni. dah boleh turun bilik bersalin. awak dah bersedia blom?"
aku dah cuak " tak sedia lagi kak. wuwuwuwuw"
sedia tak sedia, kene la jugak beranak. 
die pun bg ubat berak. kasi berak dulu. kang teran2 x kuar anak. kuar benda lain plak. haha
nurse pun suruh aku panggil suami siap2 kemas barang
aku pun kol laki aku suh naik atas amek barang

lepas membuang, aku tengok laki aku dah siap2 kemas barang. duk tepi katil aku.
aku tahu die pun mesti cuak gile babas cam aku. haha

jam 7am camtu, aku pun turun bilik bersalin.
7.15 doktor dtg pecahkan ketuban. aku tak tengok pun. takut. huhu
lepas tu doktor tu terus blah. terkontang kanting aku tataw nak watpe.
tetiba rasa nak teran. aku pun terteran. (otomatik ok rasa nak teran. tak terkawal. huhu)
tetiba rasa keluar air yg banyak kat bawah tu.
contraction dah rasa kuat dah time ni
dah la sorang2 dlm bilik tu, panik jugak tataw nak watpe.
should i keep on teran ke tidak ni? huhu
so, aku just tarik nafas, rilek and baca surah Yusuf tu.

7.30 am, mak bidan dtg.
die tanya nak suami ade x?
haruslah nak!!
aku pun teran bila masa nak teran
sekali aku teran, aku rasa mcm kepala budak dah keluar, pastu teran lg skali, ZUUPPP!!!! rasa something menggelungsur keluar.
suami aku pun smpai. 
Alhamdulillah... jam 7.45, pagi Jumaat, keluarlah baby kecil seberat 2.86 kg itu.
lega rasanya...
sayup2 aku dengar suami aku azankan zuriat kami tu..
pecah2 suara die. tahan sebak la tuw... haha

ptg tu, jam 6.30 pm. aku pun discharge
x sampai hati biar mak tunggu lama2 kat hospital.
terus shoot balik Johor.
and skrg, sedang pantang bahagianya bersama baby tercinta. ;)

syukur, Allah permudahkan urusan kelahiran anak sulung ku ini
syukur ya Allah... ;) 
Alhamdulillah
Subhanallah
Allahuakbar.


ni anak dara aku time die 6 bulan tak silap. skrg da dekat setahun.


8 bulan
yg ni latest.

semoga menjadi anak yg solehah... aminn.. ;)

1 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

© 2008 Por *Templates para Você*