Tuesday, July 3, 2012

buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh. lalala~~~


Assalamualaikumm..
Alhamdulillah, skrg da lepas trimester pertama
hihihi..
sedikit pengalaman tentang trimester pertama utk kandungan pertama:
alhamdulillah, tiada muntah-muntah atau loya-loya yang teruk
(baby sgt tidak menyusahkan ibu.. ;) baik anak aku ni..)

cumaaa kurang selera makan je. nak masak pun, adohai... bau ikan pun rasa kembang je tekak
ayam langsung cannot go. haha
dah tu? makan ape?
makan bubur, roti dan lain2 tidak termasuk nasi! huhuhu. rasa tak lalu nak tgk nasi dan lauk pauk.
sian my husband, bini die x masak kat rumah

awal2 pregnant, 5-8 minggu tu, ya ampunnnnn!! ngantuknye!! Tuhan je tahu! pantang jumpe tilam! penat sgt!
pastu lama2 ok daa.. pastu rasa cam x rajin sangat nak berhias or melaram. (org kata baby boy) ekeke.. padahal malas!

9 minggu ke atas takde ape sgt, cume cpt letih la. mungkin juga effect drpd timbunan assignment yg takbley blah punya banyak dan critical thinking diperlukan. (bijak la anak aku t. aminnn ;p)

skrg dah masuk minggu ke 15. next week da minggu 16!! 4 BULAN dah yaw!!! laju rasa masa berlari. ;)
last week p scan baby. kene lah check, utk tahu baby camne.., kedudukan uri kat atas ke bawah, kalo kat bawah, risiko pendarahan tinggi. pastu check la, mana tahu baby kembar ke. hehe. and check juga heartbeat baby. ok ke tak. Alhamdulillah.. semua okeh! thx baby mama! 


tadaaaaaaaaaa!! comel x saya? hihi.. 

then today, buat buku pink/merah.
ini penting ye ibu2 mengandung... bagi memastikan kesihatan bayi dan ibu spnjang tempoh kehamilan baik2 saja. apa2 boleh berlaku kan.. so, ameklah langkah berhati2. hehe

wat check up kat klinik kesihatan seksyen 19
syukur tak kene marah dgn nurse. sbb lmbt sgt buat buku. hehehehe..
nurse kat sana sume sangat helpful dan peramah. bagus2. sejuk perut ibu2 mengandung. hehehe
di sini ingin saya sharekan sedikit prosedur cane nak buat buku ohsem ini:

1. make sure klinik yg anda mahu tuju itu ade utk ibu dan anak punye pemeriksaan ye.
2. sesetengah klinik ade hari tertentu je kalo nak buat buku. kat seksyen 19 ni hari2 bole. ;)
3. make sure tempat tinggal anda/alamat berhampiran dgn klinik ni. kalo jauh die x mo layan.
4. setelah kenal pasti kilinik kesihatan yg anda dah aim. sila bersiap sedia dgn dokumen2 terbabit:
  • ic anda
  • ic suami anda
  • sijil nikah original dan salinan
  • gambar scan baby (sila buat dahulu di klinik swasta yg ade pemeriksaan scan ye..)
  • bil air/api (utk rujukan alamat)
ini antara dokumen yg aku dgr selalu org mintak la. aku prepare je. tp nurse tu td cume mintak ic aku n laki n alamat je. hehehe..

5. kemudian, gagahkanlah diri pergi ke klinik kesihatan terbabit
6. dgn langkah laju, terus pergi ke kaunter dan wat muke comel ckp "kak, saya baru nak buat buku merah"
7. t die amek butir2 anda dan angka giliran akan diberi (sila simpan ketat2 ini nombor)
8. next, nurse akan panggil utk ukur tinggi, berat, tekanan darah dan beberapa pertanyaan lazim. (jgn lupe tanya mak ayah, ade sejarah kencing manis, darah tinggi, tibi, or sebagainya dulu)
9. bekas darah akan diberi dan anda akan kene p kaunter 20 (utk klinik kesihatan seksyen 19 laaa)
10. p buh anda punye buku tu dlm bakul merah dekat kaunter 20. jgn jd mcm saya, terus masuk makmal mintak bekas nak urine test. bahaha!!
11. no giliran anda akan tertera, then bekas utk urine test akan diberi.
12. usai kencing, buh botol anda dekat tingkap dkt dgn bilik air tu.
13. then, p tunggu lagi dpn kaunter 20 tu. jap lg die panggil no giliran lagi skali.
14. setelah di halo, sedikit sample darah akan diambil dan anda akan diarah ke bilik 22 (bilik amek darah)
15. sekali lagi, buh buku merah anda dlm kotak di luar bilik 22 tu. tunggu dipanggil.
16. darah anda akan diambil sedikit banyak ye disini... sila jgn takut.. sakit sikit je. wuwuwuw~~~
17. kemudian, anda akan di arah ke kaunter 29 (iaitu, kaunter anda first2 dtg tnye nak wat buku merah tu)
18. tinggal buku merah kat bakul meja hujung tu, then no giliran anda akan dipanggil lg skali
19. kemudian, masuk bilik 25 x silap. cek breast and perut. (sila pakai coli yg bersesuaian ye. pakai yg elok besar dan nice. jgn pakai bra time anak dara dlu. hak3)
20. pastu die akan suruh anda tunggu dpn bilik 23 plak. (utk jumpe doktor)
21. setelah no anda diseru, sila masuk dgn bergaya. wahaha (motippp)
22. doktor akan tanye soalan2 biasa. (last pe'od ble, due ble, etc etc)
23. doktor then akan cek perut (nak ukur tinggi rahim x silap)
24. anda mungkin diberi preskripsi ubat. (aku dpt ubat obimin, vitamin utk baby) 
25. setelah settle. p kat kaunter dpn tu balik, ckp saya dah siap da. boleh balik da ke?
26. nurse tu akan bgtau ble suh dtg balik and anda bley amek buku merah anda dan pulang dgn gumbiraaa 
27. tp jgn lupa singgah farmasi dlm klinik kesihatan tu utk amek ubat berdasarkan preskripsi yg diberi yah.




inilah buku ohsem ituuu... 


next appointment: 17/72012. (cek kencing manis. sbb ade femly kencing manis ;(
and 31/7/2012 (cek rutin)

itu saja utk hari ini! harap membantu para2 ibu diluar sana. ;) buhbye!

© 2008 Por *Templates para Você*